sk-lintang.zoom-a.com
SEKOLAH KEBANGSAAN LINTANG
SUNGAI SIPUT (U) PERAK, 31100 Kuala Kangsar, Perak. Tel : 05-5911242, Faks :
e-mel : sk-lintang@zoom-a.com
| LAMAN UTAMA | PANORAMA | KATA ALU-ALUAN | SEJARAH | FALSAFAH PENDIDIKAN | VISI & MISI | LOGO & LAGU | STAF AKADEMIK | STAF SOKONGAN | PIBG | ENROLMEN PELAJAR | KEPUTUSAN UPSR | KURIKULUM | KOKURIKULUM | AKTIVITI | MEMORI | KEJAYAAN | PAUTAN | Webmaster | BUKU PELAWAT | PERANCANGAN STRATEGIK | Untitled | guru besar |

SEJARAH SEKOLAH

       sS1.1. Sejarah dan Latar Belakang Sekolah

Persekolahan di Kampung Lintang telah bermula sejak 63 tahun yang lalu apabila kerajaan telah membina sebuah sekolah dalam tahun 1929 dikenali sebagai “Sekolah Melayu Lintang”.

Dalam tempoh tersebut perkembangannya telah menempuh pelbagai perubahan mengikut kehendak pemerintahan yang wujud dan masa ke semasa. Adalah difahamkan selama itu tapak sekolah ini sudah tiga kali berubah tempat.

1.2. Bangunan Sekolah Pertama

Bangunan sekolah ini didirikan di kawasan tepi Sungai Plus, bersempadan dengan Tapak Pusat Kesihatan Kecil, Kampung Lintang yang ada sekarang dan Guru Besar pertamanya ialah Encik Mohd. Selamat dan berikutnya lima orang guru besar lagi sempat berkhidmat di sekolah itu. Bangunan ini rosak dan runtuh dalam masa pemerintahan Jepun 1941 hingga 1945.

1.3. Perpindahan.

Selepas Perang Dunia Kedua, negara kita diperintah di bawah pemerintahan British Military Administration (BMA). Dalam tempoh tersebut kerajaan British telah memulihkan semula alam persekolahan di Kampung Lintang dengan hanya menyewa rumah seorang penduduk Kampung Lintang iaitu rumah Encik Ramli Bin Salleh selama 2 tahun.

Pada awal tahun 1948 persekolahan agak terjejas dengan gangguan pengganas komunis yang berleluasa. Keadaan yang meruncing ini telah memaksa sekolah ini berpindah sekali lagi ke tapak kawasan Masjid Kampung Lintang (1948 — 19621).

1.4. Sekolah Baru

Pada awal tahun 1963 kerajaan telah siap membina sebuah sekolah yang baru di tapak yang ada sekarang. Nombor Lot 3925. Keluasan tapak termasuk padang seluas 2e 3r 10p.

Keadaan sekolah ini adalah separuh kekal, bertiang batu, lantai dan dinding papan, bertangga simen dan atapnya   jenis asbestos. Bangunan ini mempunyai 4 bilik darjah. Kelas yang ada ketika itu adalah darjah 1 hingga darjah 5 sahaja. Untuk menyambung pelajaran darjah 6 , murid-murid Sekolah Kebangsaan Lintang terpaksa ke Sekolah Kebangsaan Lasah, Sungai Siput (U), Perak yang terletak kira-kira 5 kilometer dari Kampung Lintang.

1.5. Bangunan Terbaharu

Pada awal tahun 1981, sekolah ini telah diluluskan untuk mengadakan kelas tahun enam sendiri. Keramaian murid ketika itu mencapai jumlah 140 orang. Untuk mengatasi ketidakselesaan semasa belajar di tempat yang agak sempit, maka pada tahun 1981 sebuah bangunan baru yang mengandungi 4 bilik darjah telah dibina, Bangunan ini jenis ‘Rancangan Kilat' dan dibuat daripada asbestos dan simen..

Sehingga tahun 2001, kemudahan fizikal di sekolah Kebangsaan Lintang berasaskan kemudahan fizikal yang dibina pada tahun 1981 serta bangunan yang dibina pada tahun 1963. Sungguhpun begitu, atas komitmen dan kesungguhan pentadbir serta staff sokongan yang ada telah melakukan pelbagai usaha demi untuk meningkatkan keceriaan serta keselesaan yang semaksima mungkin di sekolah Kebangsaan Lintang ini.

Umpamanya Pusat Sumber Sekolah (PSS) telah diurus dengan begitu baik dan segi pengurusan pentadbiran, pengurusan bahan, pengurusan penggunaan serta keceriaannya. Pihak pentadbir serta penyelaras sentiasa memantau pengunaan pusat sumber agar ianya menjadi tempat yang bermakna untuk pelajar menimba ilmu. Dalam pada itu masalah ruang PSS yang kecil telah diatasi dengan mewujudkan konsep ‘Sekolah Dalam Pusat Sumber'. Projek ini telah menyediakan pelbagai kemudahan di luar PSS seperti ‘Pondok Pameran Berkala', ‘Pondok Ingin Tahu', ‘Pusat Sumber Dalam Kantin', ‘Pondok Bacaan' serta pelbagai papan pameran yang menyediakan bahan yang sama seperti yang terdapat datam pusat sumber.

Kemudahan beriadah telah disediakan dengan baik seperti padang bola yang terurus, gelanggang serbaguna untuk permainan badminton, sepak takraw, serta permainan bola tampar . Sehingga kini pelbagai kecemerlangan telah dicapai oleh Sekolah Kebangsaan Lintang dalam bidang kurilukum dan kokurikulum sehingga menjadikan namanya setanding bersama sekolah besar yang lain.

 

Bangunan pejabat sekolah

Bangunan Makmal sekolah


Bangunan  sekolah

 Perpustakaan luar sekolah

                      

(C) Portal Hak Terpelihara SK Lintang 2006

Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: